Sejarah Benteng Alamo

Pencarian petempatan baharu

Pada tahun 1716, kerajaan Sepanyol menubuhkan beberapa binaan untuk para mebaligh Katolik Rom menyebarkan ajaran mereka kepada para peribumi setempat. Walau bagaimanapun, keadaan binaan-binaan ini yang terasing menyukarkan pembekalan disediakan dengan secukupnya.[2] Oleh demikian, gabenor baru Texas Sepanyol, Martín de Alarcón, ingin mewujudkan stesen jalan antara penempatan sepanjang sungai Rio Grande. [3] Pada bulan April 1718, Alarcón mengetuai ekspedisi untuk mencari komuniti baru di Texas.[4]

Dalam setahun, misi tersebut bergerak ke tebing barat sungai, di mana ia berkemungkinan tidak akan terjejas landaan banjir. [5] Selama beberapa tahun akan datang, rangkaian misi ditubuhkan berhampiran.[6] Berikutan suatu taufan dari Pantai Teluk memusnahkan sisa binaan yang ada di Misión San Antonio de Valero tahun 1724, misi tersebut dipindahkan ke lokasi sekarang yang berada tepat seberang Sungai San Antonio dari bandar San Antonio de Béxar dan di sebelah utara sekumpulan pondok yang dikenali sebagai La Villita. [7][8]

Titik genting pertempuran

Rencana utama: Pertempuran Alamo